Tawassul, Isti’anah, Istighosah ‘amalan SYIRIK?
Bahagian Satu
Dalam Mingguan Malaysia bertarikh 7 Oktober 2007, seorang mufti dari negeri paling utara di Semenanjung Malaysia ada menulis suatu artikel yang menyentuh persoalan tawassul, isti’anah, istighasah dan yang sewaktu dengannya. Dalam tulisannya mufti [muftari???] MAZA berkenaan menulis: Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya! Perbuatan itu adalah syirik.
Dia mengatakan lagi bahwa: Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.
Bagi aku kenyataan Tok Peti tersebut adalah tidak mencerminkan dia seorang yang berilmu. Aku katakan begitu kerana dia main pukoi borong … yakni mensyirikkan golongan yang bertawassul dengan mereka yang telah wafat. Sedangkan persoalan ini adalah merupakan perkara furu’, persoalan khilafiah. Dengan makna bahawa ada golongan yang mengharuskan dan ada golongan yang tidak mengharuskannya. Apakah wajar dikatakan SYIRIK kepada mereka yang memilih untuk mengharuskan bertawassul kepada yang telah wafat.
Tuduhan SYIRIK ini adalah satu tuduhan yang melulu, melampau dan besaq implikasinya. Sesungguhnya golongan yang mengharuskan bertawassul kepada mereka yang telah wafat juga mempunyai dalil dan tidak sedikit ulama-ulama besar yang mengharuskan bertawassul kepada mereka yang telah wafat dari kalangan anbiya, auliya dan sholihin. Ternyata bahwa Tok Peti telah menggunakan MM platfom untuk menyebarkan dakyah fahaman Wahabinya. Sebenaqnya, MAZA mengimpot fahaman ulama Wahabi seperti Ben Baz, Saleh Utsaimin,Soleh al-Fauzan, Muqbil ibn Hadi, Abu Bakar Jazairi, al-Albani dan lain-lain pemuka Wahabi dalam mensyirik dan mengkafirkan mereka yang bertawassul sedemikian sepertimana Muhammad Abdul Wahab yang menjadi panutan mereka. Namun alhamdulillah persoalan ini telah dijawab dengan baik oleh para ulama kami.
Aku pun hairan, mengapa Tok Peti Indera Kayangan ini suka benar membangkitkan persoalan khilafiah yang telah diselesaikan oleh ulama akan perbahasannya sebelum ini? Sedangkan persoalan lain yang lebih besar seperti gejala murtad, pemikiran Islam Liberal, melambaknya anak luar nikah, kerosakan akhlaq remaja, gejala rasuah dan lain-lain isu yang melanda umat Islam tidak diberi perhatian sewajarnya? Apakah kerana inginkan populariti? Glamour?
Memandangkan tuduhan SYIRIK oleh Tok Peti berkenaan, aku yang sangat faqir lagi haqir, yang teramat dhoif dalam ilmu pengetahuan ini, lagi tersangat kurang dalam beramal ini terpanggil untuk menulis serba sedikit mengenai perkara tersebut. Apa yang aku ingin utarakan adalah PENDAPAT ULAMA-ULAMA YANG MU’TABAR berkaitan dengan hukum bertawassul dengan mereka yang telah wafat dari kalangan anbiya, auliya dan sholihin. Artikel kali ni aagak panjang dan aku akan paparkan secara bersiri. Dan aku memohon ampun maaf andaikata kata terdapat kesalahan, kesilapan dan kekasaran bahasa dalam penulisan ini.
Sebagai permulaaan, perlu ditegaskan bahawa dalam pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, bertawassul adalah diharuskan. Menurut Syaikh Zaki Ibrahim PENOLAKAN terhadap bertawassul terhadap mereka yang telah wafat ini muncul setelah abad 7 dan dipopularkan setelah abad ke 13. Kata Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim di dalam kitabnya al-Ifham wal Ifham au Qadaya al-Wasilah wal Qubur, beliau mengatakan
bahawa:
"….. yang menjadi khilaf ialah tawassul dengan mayat orang yang sholeh (at-tawassul bil mayyit al-soleh). Hampir-hampir tiada seorangpun ulama salaf yang berselisih atas berharusan bertawassul dengan mayat yang sholeh itu, sampailah ke kurun ke-7, dimana ibn Taimiyahlah yang mereka-rekakan perselisihan yang membawa fitnah itu dan tiada seorangpun yang mengambil berat tentangnya sehingga puak Wahabi mengambil berat tentangnya pada kurun ke-13. Ini adalah kerana sebab-sebab politik dan taksub qabilah. Merekapun melarang tawassul kepada Allah dengan mayat yang soleh dan mereka berselindung disebalik tauhid yang dizolimi." [halaman 9]
Sebenarnya persoalan mengenai tawassul, isiti’anah, istighosah dan yang sewaktu dengannya telahpun dibahaskan oleh para ulama mu’tabar yang jauh lebih ‘alim dan bertaqwa berbanding dengan Tok Peti Indera Kayangan. Ianya boleh dilihat didalam kitab-kitab karangan mereka seperti Khulasoh al-Wafa bi Akhbaril Mustofa, Syifa-us-Saqam fi Ziyarati Khoiril Anam, Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalq, al-Ifham wal Ifham au Qadhaya al-Wasilah wal Qubur, Bahjatul Nadhir fit Tawassul bin Nabi at-Thohir, Ithafu Azkiya bi Jawazi at-Tawassul bil Anbiya wal Auliya, Raf’ul Minaarah li Takhrij Ahadits at-Tawwasul wa al-Ziyaarah dan banyak lagi lah …..
Kisah al-Utbi
Salah satu dalil yang menunjukkan keharusan bertawassul adalag kisah Utbi yang merupakan suatu kisah yang masyhur dan dinukilkan oleh ramai ulama didalam kitab mereka. Antaranya asy-Syaikh as-Samhudi al-Madani didalam Khulasoh al-Wafa bi Akhbaril Mustofa, Imam Ibn ‘Asaakir didalam Tarikhnya, Imam Ibn Katsir menyebut di dalam Tafsirnya pada tafsir surah an-Nisa’ ayat 64, Imam an-Nawawi didalam al-Adzkar dan al-Idhoh fi Manaasikil Hajj wal Umrah, Imam Taqiyuddin as-Subki di dalam Syifa-us-Saqam, Syeikh Abu Mansur al-Sabbagh, di dalam kitabnya asy-Syamil, Syaikh Abu Muhammad Ibn Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni, Syeikh Abu al-Faraj bin Quddamah dalam Syarh al-Kabir, Syaikh Mansur bin Yunus al-Buti di dalam kitab Kasysyaf al-Qina,Imam al-Qurthubi di dalam Tafsirnya, Syaikh Yusuf an-Nabhani didalam Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaq, al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman dan ramai lagilah.
Begitu juga hadits mengenai Nabi Adam عليه السلام bertawassul dengan dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Juga hadits riwayat dari Utsman bin Hunaif رضي الله عنه. Begitu juga kisah Bilal bin Harits رضي الله عنه. Dan aku rasa bagi mereka yang cerdik dan punya matahati, ianya sudah cukup menjadi dalil akan keharusan bertawassul kepada Nabi صلى الله عليه وسلم .baik sewaktu hayat atau selepas kewafatan baginda.
Bagi mereka yang tak pernah jumpa, aku nak bawak mai hadits-hadits berkenaan, yang mana aku ambik sebahagian dari terjemahannya dari tulisan saudara aku al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad di dalam blog beliau yang bernama Bahrus Shofa. Kalau pembaca nak detail hampa mai tang ni ….
Daripada Imam al-'Utbi [Abu 'Abdur Rahman Muhammad bin 'Abdullah @ 'Ubaidillah bin 'Amr bin Mu`aawiyah bin 'Amr bin 'Utbah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb yang lebih dikenali sebagai Imam al-'Utbi] di mana dia telah berkata: “Adalah aku satu ketika duduk di samping kubur Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم, maka telah datang seorang A'raabi ('Arab dusun @ penduduk kampung) mengucapkan salam kepada Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم dengan katanya:
“Salam kesejahteraan bagimu, wahai Rasulullah, aku telah mendengar Allah Ta`ala berfirman:
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوۤاْ أَنْفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُواْ ٱللَّهَ
وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُواْ ٱللَّهَ تَوَّاباً رَّحِيماً
[Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri (dengan membuat dosa dan kesalahan) datang kepadamu (wahai Nabi) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha
Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. – Surah an-Nisa’: 64]
Dan aku telah mendatangimu dalam keadaan memohon keampunan dari segala dosaku dan mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku.” Lalu dia melantunkan beberapa bait syair seperti berikut:-
يا خير من دفنت بالقاع اعظمه * فطاب من طيبهن القاع و الأكم
نفسي الفداء لقبر انت ساكنه * فيه العفاف و فيه الجود و الكرم
Wahai manusia terbaik bersemadi dalam bumi jasadnya Maka harumlah lembah dan ukit dengan keharumannya Jiwaku jadi tebusan kubur yang engkau penghuninya Dalamnya ada (pribadi) yang suci, pemurah lagi mulia.
Al-'Utbi meneruskan ceritanya: “Kemudian, dia berpaling meninggalkan maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم, tiba-tiba dua mataku mengantuk, lalu aku bermimpi melihat Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم dalam tidurku dan baginda bersabda kepadaku: “Wahai 'Utbi, segera pergi berjumpa si A'raabi itu dan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa Allah telah mengampuninya.
[Dinukilkan dari kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi; Fasal Mengenai ziarah Qubur Nabi صلى الله عليه وسلم;Halaman 206, Dar al-Fikr Beirut- 2002M/1422H. Kisah ini ini sangat masyhur dan dinukilkan oleh para ulama didalam kitab-kitab mereka sepertimana yang aku nyatakan diatas.]
Para ulama yang menukilkan cerita ini, tidak pulak mereka mengkritik apatah lagi memusyikkan atau mengkafirkan perlakuan si A'raabi tadi. Bahkan Imam an-Nawawi meletakkan cerita al-'Utbi ini dalam kitabnya "al-Iidhaah fi Manaasikil Hajj wal Umrah" halaman 454 - 455, Imam an-Nawawi memuji ucapan A'raabi tersebut dan menganjurkan agar ianya diamalkan tatkala kita berziarah ke maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم. dengan katanya:-
ثم يرجع الى موقفه الأول قبال وجه رسول الله صلى الله عليه و سلم و يتوسل به في حق
نفسه و يتشفع به الى ربه سبحانه و تعالى، و من احسن ما يقول ما حكاه اصحابنا عن
العتبي مستحسنين له قال:..... قصة العتبي
.... Kemudian hendaklah penziarah maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم kembali ke tempat berhentinya yang pertama yang menghadap wajah Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم (yakni setelah dia bergerak kadar sehasta ke kanan untuk memberi salam kepada Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه dan sehasta lagi untuk salam kepada Sayyidina 'Umar رضي الله عنه, maka dia kembali ke tempat awalnya yang menghadap Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم). Dan si penziarah bertawassullah dengan Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم bagi hak dirinya dan dia memohon syafaat baginda kepada Tuhannya سبحانه وتعالى Dan daripada sebaik-baik ucapan yang (boleh) diucapkannya (tatkala itu) ialah apa yang telah diceritakan dan dipandang baik oleh para sahabat kami (yakni para ulama Syafi`iyyah) daripada al-'Utbi di mana dia berkata:- [sebagaimana kisah al-Utbi diatas tadi cuma di sini ada penambahan dua bait lagi iaitu:
انت الشفيع الذي ترجى شفاعته * على الصراط اذا ما زلت القدم
و صاحباك فلا انساهما ابدا * مني السلام عليكم ما جرى القلم
Engkaulah pemberi syafaat yang diharapkan syafaatnya Ketika tergelincir segala kaki tatkala melintas shirath Dan dua sahabatmu sekali-kali tidak aku lupa Dariku ucapan salam kepada kamu sebanyak tulisan Qalam
[Kami petik dari kitab Taufiiqul Baari li Taudhiih wa Takmiil Masaail al-Iidhaah lil Imam an-Nawawi fi al-Manaasik oleh Tuanguru kami al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki; Juz ke-2, halaman 174. Kitab al-Idhah fi Manasikil Hajj wal Umrah wa ‘alaihi al-Ifshooh ‘ala Masail al-Idhoh ‘ala Mazahabil Aimmatil Arba’ah oleh ‘Abdul Fattah Husin Rawa al-Makki]
Al-Muhaddits as-Sayyid al-Habib Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki menyebutkan didalam
kitabnya Mafahim Yajibu an Tushahah bahwa bait syair diatas masih tertulis di maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditiang yang terdapat diantara tingkap bilik maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Tulisan ini boleh dilihat oleh orang yang mulia dan hina sejak beratus-ratus tahun hingga zaman Malik Abdul ‘Aziz, Malik Su’ud, Malik Faisal, Malik Khalid dan Malik Fahd ….. [Mafahim Yajibu an Tushahah, al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki, halaman 158, cetakan ke-10, 1995, Daairah al-Awqaf wa asy-Syu’unn al-Islamiyah, Dubai]
Kisah Sayyidina Utsman bin Hunaif رضي الله عنه عن عثمان بن حنيف قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم وجاءه رجل ضرير فشكا إليه ذهاب بصره، فقال : يا رسول الله ! ليس لى قائد وقد شق علي فقال رسول الله عليه وسلم : :ائت الميضاة فتوضأ ثم صل ركعتين ثم قل : اللهم إنى أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إنى أتوجه بك إلى ربك فيجلى لى عن بصرى، اللهم شفعه فيّ وشفعني في نفسى، قال عثمان : فوالله ما تفرقنا ولا طال بنا الحديث حتى دخل الرجل وكأنه لم يكن به ضر. (أخرجه الحاكم في الْمُسْتَدْرَكُ عَلَى الصَّحِيحَيْنِ)
Dari Utsman bin Hunaif: "Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم, datang pada baginda seorang lelaki yang buta, maka ia mengadu tentang pengelihatannya yang hilang. Maka ia berkata: "Wahai Rasulullah! aku tidak mempunyai pembantu [untuk menuntunnya berjalan] dan aku juga ditimpa kesempitan” Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pergilah bilik air dan ambillah wudhu’! (lalu dia berwudhu’) kemudian sholatlah dua rakaat, kemudian bacalah [doa] (artinya)" Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu dan bertawajjuh kepadaMu dengan [hak] nabiMu, Muhammad [صلى الله عليه وسلم] Nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad!
Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanmu agar dibukakan mataku, Ya Allah berilah ia syafaat untukku dan berilah aku syafaat". Utsman berkata:"Demi Allah maka tiada berpisah kami dan tidak juga lama selepas peristiwa ini berlaku dengan kami sehingga masuk seorang lelaki seolah-olah tidak pernah buta”. (Hadits riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak ‘ala Shohihain)
Al-Hakim mengatakan bahwa hadits ini adalah shohih dari segi sanad walaupun Imam Bukhari dan Imam Muslim tidak meriwayatkan dalam kitabnya. Imam adz-Dzahabi mengatakatan bahwa hadits ini adalah shahih, demikian juga Imam at-Tirmidhi dalam kitab Sunannya bab Daa’wat mengatakan bahwa hadits ini adalah hasan shahih gharib. Dan Imam al-Mundziri dalam kitabnya Targhib Wat-Tarhib 1/438, mengatakan bahwa hadits ini diriwayatkan oleh Imam an-Nasai [didalam Sunan al-Kubra dan ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah], Ibnu Majah dan Imam Ibn Khuzaimah dalam kitab shahihnya.
Hadits ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad didalam Musnadnya, Ibn Sunni di dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, Imam al-Bukhari didalam Tarikh al-Kabir, al-Baihaqi didalam Dalailun Nubuwwah, ath-Thabarani didalam Mu’jam al-Kabir dan as-Saghir, ‘Abdu bin Humaid didalam Musnadnya, al-Hafidz al-Haitsami di dalam Majma’ az-Zawaid dan dia menshohihkannya, Abu Bakar ibn Abi Khaithamah didalam Tarikhnya, dan didalam riwayatkan ada tambahan berikut:
(وإن كانت لك حاجة فعل مثل ذلك)
Sekiranya kamu mempunyai hajat, maka lakukan seperti itu – Lihat kitab Intabih Diinuka fi Khatrin oleh al-‘Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al-Yamani; Raf’ul Minaarat li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa az-Ziyaarah – Didalam riwayat Imam at-Tirmidhi:
عن عثمان بن حنيف أن رجلاً ضرير البصر أتى النبي ، فقال: ادع الله أن يعافني. قال:
إن شئت دعوت، وإن شئت صبرت، فهو خير لك » قال: فادعه، قال: فأمره أن يتوضأ فيحسن
وضوءه ويدعوا بهذا الدعاءاللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد، نبي الرحمة، يا
محمد إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي هذه لتقضى لي، اللهم فشفعة فيّ.
قال الترمذي: هذا حديث صحيح غريب
Dari Utsman bin Hunaif bahwasanya seorang lelaki yang buta telah mendatang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم lau berkata: Mohonlah kepada Allah keafiatan untukku. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Jikalau engkau kehendaki aku doakan dan jika kamu bersabar, maka itu lebih baik bagi kamu. Lelaki itu berkata: Doakanlah kepada Allah. Maka baginda memerintahkan kepadanya berwudhu’ dan memperbaiki wudhu’nya dan berdoa dengan doa ini: Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu dan bertawajjuh kepadaMu dengan [hak] NabiMu, Muhammad [صلى الله عليه وسلم] Nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu [yakni sebagai wasilah] kepada Tuhanku pada hajatku ini semoga diperkenankan untukku. Ya Allah berilah baginya padaku”.
Doa tawassul ini bukan sahaja dikhususkan semasa hayat baginda صلى الله عليه وسلم sahaja bahkan sebahagian shahabat telah menggunakan ucapan tawassul ini setelah kewafatan baginda. Asy-Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani menyebutkan didalam Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaq:
Sesungguhnya ath-Thabrani dan al-Baihaqi telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang mengadukan halnya kepada Sayyidina Utsman bin Affan رضي الله عنه dizaman pemerintahannya, tetapi Saiyyidina Utsman رضي الله عنه tidak berpaling kepadanya dan tidak memandang kepada hajat yang diperlukannya [kerana kesibukan]. Lelaki itupun berlalu dan mengadu pula kepada Utsman bin bin Hunaif tentang hal itu. Mendengar hal itu, Utsman bin Hunaif pun berkata kepadanya: Kalau begitu pergilah kamu ke tempat berwudhu dan berwudhulah, kemudian datangilah masjid dan bersholatlah. Lepas itu berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكُ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ
نَبِيِّ الرَّحْمَةِ ، يَا مُحَمَّدُ إِنِّي أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّي ،
فَتَقْضِي لِي حَاجَتِي
Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu dan aku menghadap kepadaMu melalui nabiMu yang penuh kasih sayang, Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap [hajatku] dengan [perantaraan]mu kepada Tuhanku agar diperkenankan bagiku hajatku. Dan engkau sebutlah hajatmu. Lelaki itupun berlalu dari situ dan melakukan suruhan tersebut.
Kemudian dia datang ke pintu rumah Sayyidina Utsman رضي الله عنه. Tiba-tiba datang seorang penjaga pintu lalu menarik tangannya masuk kedalam dan didudukkan bersama-sama Saidina Utsman رضي الله عنه. Sayyidina Utsman رضي الله عنه berkata: Sebutlah hajatmu itu. Lalu lelaki itupun menyebut dan akhirnya Sayyidina Utsman pun menunaikan hajatnya. Sayyidina Utsman bertanya lagi: Kalau kamu mempunyai hajat lagi, sebutlah. Selepas itu lelaki itupun keluar lalu menemui Utsman bin Hunaif dan berkata kepadanya: Moga-moga Allah membalas jasamu dengan kebaikan. Tidaklah ia memandang kepada hajatku sehingga engkau mengajarkan kepadaku. Ibn Hunaif lantas menjawab: Demi Allah, tidaklah aku mengajarmu, tetapi sebenarnya aku telah menyaksikan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika didatangi oleh seorang buta mengadu akan hilangnya penglihatannya ………. (hingga akhir hadits .. sepertimana hadits diatas).
Maka ini adalah tawassul dan seruan selepas wafat Rasulullah صلى الله عليه
وسلم.
[Rujuk Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaq oleh asy-Syaikh Yusuf an-Nabhani, halaman 155, cetakan Dar al-Fikr, 1983. Hadits ini diriwayatkan di dalam Mu’jam as-Saghir oleh Imam ath-Thabarani, Ma’rifatus Shahabah oleh Abu Nuaim al-Asbahani didalam Ma’rifatus Shahabah, al-Baihaqi dan lain-lain]
Kalau mengikut tulisan Tok Peti diatas maka, Sayyidina Utsman bin Hunaif al-Anshori ini telah mengajarkan suatu perbuatan syirik. Allahu Allah …. Berhati-hatilah dalam membuat tuduhan. Kalaupun kalian tidak menerima hadits ini, tetapi janganlah kalian mensyirikkan mereka yang menerima dan beramal dengannya. Ramai dikalangan ulama mu’tabar yang menerima hadits ini sebagai dalil akan harusnya bertawassul kepada mereka yang telah wafat. Perhatikanlah!
Bahagian Kedua
Bertawasul Dengan Maqam Nabi Dimasa Kekhalifahan Umar al-Khattab رضي الله عنه
Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani menyebutkan didalam Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaq. Kisah ini diriwayat oleh Imam al-Baihaqi dan Abi Syaibah dengan isnad yang shohih.
"Bahawa kemarau telah menimpa manusia di zaman kekhalifahan Amirul Mu'minin Sayyidina Umar bin al-Khaththab رضي الله عنه. Maka datanglah Bilal bin al-Harits رضي الله عنه ke qubur Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم dan berkata : "Wahai Rasulullah, mohonlah (kepada Allah) supaya diturunkan hujan untuk umatmu kerana mereka hampir binasa (dari kerna kemarau)". Selepas itu lelaki tersebut bermimpi Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم datang kepadanya dan mengkhabarkan bahawa hujan akan diturunkan kepada mereka. Maka turunlah hujan tersebut. Dan di dalam hadits tersebut juga disebut bahawa Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم menyuruh lelaki tersebut untuk menyampaikan salam baginda kepada Sayyidina Umar رضي الله عنه. dan memberitahunya bahawa hujan akan diturunkan. Seterusnya dinyatakan bahawa Sayyidina Umar رضي الله عنه telah menangis kesukaan kerana mendapat kiraman salam dan khabar gembira tersebut daripada Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم. [Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaq, Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, Cetakan Dar al-Fikr – 1983, halaman 155]
Didalam kitab Mafahim Yajibu an Tushahah juga menyebutkan:
التوسل بقبر النبي صلى الله عليه وسلم في خلافة عمر رضي الله عنه
وقال الحافظ أبو بكر البيهقي : أخبرنا أبو نصر بن قتادة وأبو بكر الفارسي قالا :
حدثنا أبو عمر بن مطر حدثنا إبراهيم بن علي الذهلي حدثنا يحيى بن يحيى حدثنا أبو
معاوية عن الأعمش عن أبي صالح عن مالك قال : أصاب الناس قحط في زمن عمر بن الخطاب
فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله استسق الله لأمتك
فإنهم قد هلكوا ، فأتاه رسول الله صلى الله عليه وسلم في المنام فقال : ((ائت عمر
فأقرئه مني السلام وأخبرهم أنهم مسقون ، وقل له : عليك بالكيس الكيس)). فأتى الرجل
فأخبر عمر ، فقال : يارب ! ما آلو إلا ما عجزت عنه . وهذا إسناد صحيح . [كذا قال
الحافظ ابن كثير في البداية (ج1 ص91) في حوادث عام ثمانية عشر] . وروى ابن أبي شيبة بإسناد صحيح من رواية أبي صالح السمان عن مالك الداري – وكان خازن عمر – قال :
((أصاب الناس قحط في زمن عمر رضي الله عنه فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه
وسلم فقال : يارسول الله ! استسق لأمتك فإنهم قد هلكوا فأتى الرجل في المنام فقيل
له : ائت عمر ، الحديث .
وقد روى سيف في الفتوح : أن الذي رأى في المنام المذكور هو بلال ابن الحارث المزني
أحد الصحابة . قال ابن حجر : إسناده صحيح اهـ . (صحيح البخاري كتاب الاستسقاء) ، [
فتح الباري ص415 ج2 ]
Telah berkata al-Hafidz Abu Bakar al-Baihaqi: Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Nasr ibn Qatadah dan Abu Bakar al-Farisi dengan katanya: Telah menceritakan kepada kami Abu Umar ibn Mathor, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibn ‘ali al-Zuhli, telah menceritakan kepada kami Yahya Ibn Yahya, telah menceritakan kepada kami Mu’awiyah daripada al-A’mash, daripada Abu Sholeh daripada Malik, katanya:
Pada zaman kekhalifahan Umar ibn al-Khattab, orang ramai ditimpa kemarau yang panjang. Maka seorang lelaki pergi ke maqam Rasulullah lalu berkata: Wahai Rasulullah! Mintalah kepada Allah agar menurunkan hujan kepada umatmu kerana mereka semua telah menderita”. Maka Rasulullah telah datang di dalam tidurnya dan bersabda: “Pergilah bertemu mar dan sampaikan salamku kepadanya. Khabarkanlah kepadanya bahwa mereka semua akan diturunkan hujan. Katakanlah kepadanya: Hendaklah kamu melakukan perkara yang baik dan bersifat bijaksana (dalam urusan umat),”
Maka lelaki tersebut menemui umar dan menceritakan kepadanya tentang hal tersebut. Lalu Umar berkata: Wahai Tuhanku! Aku tidak melengah-lengahkan urusan umat kecuali apa yang tidak terdaya aku lakukannya.” – Isnad hadits ini shohih. Demikianlah yang dikatakan oleh Ibn Katsir didalam al-Bidayah [wa an-Nihayah]
Ibn Abi Syaibah telah meriwayatkan dengan sand yang shohih dan beliau berkata, telah menyampaikan kepada kami Abu Mu’awiyah daripada al-A’mash daripada Abu Sholah al-Samman daripada Malik ad-Dar (beliau merupakan penjaga perbendaharaan Umar) berkata: Pada zaman Sayyiduna Umar, manusia ditimpa kemarau panjang. Maka datang seorang lelaki ke maqam Nabi lalu berkata: Wahai Rasulullah! Mintalah agar diturunkan hujan kepada umatmu kerana mereka telah menderita.” Maka Rasulullah datang dalam mimpinya dan dikatakan kepadanya: Berjumpalah dengan Umar …. (seperti hadits diatas)
Saif telah meriwayatkan di dalam al-Futuh: Orang yang bermimpi melihat Rasulullah ialah Bilal bin al-Harits al-Muzani, seorang shahabat. Ibn Hajar berkata: Sanad hadits ini shohih. [Mafahim Yajibu an Tushahah oleh al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad ‘Alwi al-Maliki, Cetakan ke-10, Daairah al-awqaf wa asy-Syu`uun al-Islamiyah Dubai, halaman 150]
Maka dari hadits diatas bukankah shahabat tersebut memohon kepada Rasulullah صلى
الله عليه وسلم agar baginda memohon kepada Allah agar diturunkan hujan? Dan pada
ketika itu Rasulullah telah wafat. Apakah Tok Peti mahu mensyirikkan perbuatan
shahabat tersebut? Allahu Allah …. Bertaubatlah daripada mensyirikkan manusia.
Bertawassul Dengan Maqam Nabi Dengan Petunjuk Sayyidah ‘Aisyah رضي الله عنها
Qubbatul Khadra’ atau Kubah Hijau dimana di bawah kubah itulah bersemadinya jasad Sayyidul Kawnain wats Tsaqalain صلى الله عليه وسلم Menurut sejarah, maqam Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم sentiasa mempunyai bumbung untuk menaunginya kerana ia asalnya adalah rumah (bilik) Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها. Pernah berlaku dalam sejarah bahawa penduduk Kota Madinah tatkala menghadapi musim kemarau yang teruk telah dinasihatkan untuk membuat satu bukaan pada bumbung atas maqam Junjungan صلى الله عليه وسلم sebagai upaya berwasilah dengan baginda. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam ad-Daarimi dalam sunannya seperti berikut:
حدّثنا أبو النُعمانِ حدثنا سعيدُ بنُ زيدٍ ، حدثنا عَمْرُو بنُ مالكٍ النكريُّ ،
حدثنا أبو الجوزاء أوسُ بنُ عبدِ اللَّهِ قال: قحطَ أهل المدينة قَحْطاً شديداً،
فشَكَوْا إلى عائشةَ فقالَتْ: انظُروا قبرَ النبيِّ صلى الله عليه وسلّم فاجعلُوا
منه كواً إلى السماءِ، حتى لا يكون بَيْنَهُ وبينَ السماءِ سقْفٌ. قال: فَفَعَلُوا
فمطِرْنا مطراً حتى نَبَتَ العشبُ، وسَمِنَتِ الإبِلُ حتى تَفَتَّقَتْ من الشحمِ،
فسُمِّيَ عامَ الفتقِ....انتهى
Diriwayatkan daripada Abu an-Nu'maan daripada Sa`id bin Zaid daripada 'Amr bin Malik daripada Abul Jawzaa` Aus bin Abdullah yang telah berkata: "Penduduk Kota Madinah telah menghadapi kemarau teruk, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها. Ummul Mu'minin Sayyidatina 'Aisyah berkata kepada mereka: (Pergilah) lihat kubur Nabi صلى الله عليه وسلم dan buatkanlah satu lubang atasnya yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap (naungan) di antara kubur tersebut dengan langit. Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh-tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah, maka dinamakan tahun tersebut "aamul fatqi" (tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan kerana kulit unta-unta tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu gemuk)."
Hadits ini telah dijadikan antara dalil yang mengharus bertawassul dengan Junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم sebagaimana dinyatakan oleh ulama dan ahli sejarah Kota Madinah yang masyhur, Sayyid as-Samhudi, dalam "Khulashatul Wafa`".
Imam as-Samhudi menyatakan bahawa membuat lubang pada atap atas maqam unjungan Nabi صلى الله عليه وسلم supaya ada lubang terus ke langit telah menjadi amalan penduduk Madinah sewaktu musim kemarau. Selanjutnya beliau menyatakan bahawa pada kebelakangannya penduduk Madinah tidak lagi membuat lubang pada atas maqam Junjungan صلى الله عليه وسلم tetapi mereka akan membuka pintu yang menghadap wajah baginda yang mulia dan bertawassul dengan baginda serta memohon syafaat baginda di situ. Mulla 'Ali al-Qari dalam "Mirqaatul Mafaatiih" turut menukilkan hadits ini dan menyebut bahawa Aus bin 'Abdullah al-Azdi adalah ahli Bashrah dan seorang tabi`in masyhur yang meriwayatkan hadits daripada Sayyidatina 'Aisyah, Sayyidina Ibnu 'Abbas dan Sayyidina Ibnu 'Umar رضي الله عنهم. Hadhratusy Syaikh KH Hasyim Asy`ari [pendiri Nahdhatul Ulama’] juga memuatkan hadits ini sebagai antara dalil bagi mengharuskan tawassul, istighosah dan memohon syafaat kepada Nabi, para wali dan sholihin sebagaimana dimuatkannya dalam kitabnya "an-Nuurul Mubiin fi Mahabbati Sayyidil Mursaliin". Maka apakah kita mahu mensyirikkan Ummul Mu’minin ‘Aisyah رضي الله عنها dan penduduk Madinah ketika itu? Allahu Allah …. Berhati-hatilah dalam membuat tuduhan.
Kisah Abdullah bin Umar رضي الله عنهما Kebas Kaki
عن الهيثم بن خنس قال : كنا عند عبد الله بن عمر رضي الله عنهما فخدرت رجله فقال له
رجل : أذكر أحب الناس إليك ، فقال : يا محمد ، فكأنما نشط من عقال .
Daripada Haitsam bin Khannas, dia berkata: “Kami berada disisi Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما yang sedang kebas kakinya. Tiba-tiba seorang lelaki berkata: “Sebutlah nama orang yang paling engkau cintai.” Maka Abdullah bin ‘Umar pun berkata: "Wahai Muhammad, sehingga seakan-akan dia tidak pernah sakit."
وعن مجاهد قال : خدرت رِجْل رَجُل عند ابن عباس رضي الله عنهما ، فقال له ابن عباس
: أذكر أحب الناس إليك ، فقال : محمد صلى الله عليه وسلم فذهب خدره
Mujahid meriwayatkan bahawa dia melihat seorang yang kebas kaki di sisi Ibnu Abbas. Lalu Ibnu Abbas berkata kepadanya. “Sebutlah nama orang yang paling engkau cintai.” Maka orang yang sakit itu pun menyebut nama Muhammad صلى الله عليه وسلم. Lalu rasa kebas kakinya pun lenyap."
Hadits ini boleh dirujuk dalam kitab ‘Amalul Yaumi wal Lailati oleh ibn Sunni. Juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad sepertimana berikut:
حدثنا أبو نعيم قال حدثنا سفيان عن أبي إسحاق عن عبد الرحمن بن سعد قال خدرت رجل بن
عمر فقال له رجل اذكر أحب الناس إليك فقال يا محمد
Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim dengan katanya: Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu Ishaq dari Abdurrahman bin Sa’d, dia berkata: Kaki Ibn Umar mengalami sakit kebas. Maka telah berkata kepadanya seorang lelaki: Sebutlah nama manusia yang paling engkau cintai. Maka Ibn Umar pun menyebut: Ya Muhammad.
Hadits ini juga disebut oleh Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Adzkar didalam bab “Ma Yaquuluhu Idza Khadirat Rijluh” - Apa Yang Diucapkan Apabila Kaki Kebas (Kejang/Krem).
Nah, rasanya cukup dulu untuk kali ini. InsyaAllah andaikata punya kesempatan aku sambung lagi mengenai pendapat para ulama yang mengharuskan bertawassul, isti’anah, istighosah dengan mereka yang telah wafat. Bagi mereka yang inginkan yang lebih terperinci silalah rujuk kitab-kitab berkenaan antaranya:-
al-Ifham wal Ifham au Qadaya al-Wasilah wal Qubur dan Usul al-Wushul oleh Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim Syawahidul Haq fil Istighosah bi Sayyidil Khalaqi oleh Syaikh Yusuf an-Nabhani al-Jauhar al-Munazzham oleh Ibn Hajar al-Haithami Ithafu Azkiya bi Jawazi at-Tawassul bin Anbiya wal Auliya oleh al-Muhaddits Syaikh Abdullah Siddiq al-Ghumari Bahjah an-Nazir fi Tawassul bi an-Nabi at-Thohir oleh as-Sayyid Hasaan as-Saqqaf ad-Darurus Saniyah fi Raddi ‘Ala al-Wahabiyah oleh Syaikh Ahmad Zaini Dahlan Mafahim Yajibu an Tushahhah oleh al-Muhaddits as-Sayyid Muhamad ibn Alawi ibn Abbas ibn Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani (kitab ini telah diterjemahkan oleh guru kami asy-Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki. Kitab ini sangat baik untuk dibaca) Haqiqah at-Tawassul wa al-Wasilah ‘ala Dhau` al-Kitab wa as-Sunnah oleh Syaikh Musa Muhammad ‘Ali (kitab ini telah diterjemah ke bahasa Melayu) al-Mausu’ah al-Yusufiah fi Bayan Adillah as-Shufiyah oleh Syaikh Yusuf Khattar Muhammad al-Ajwibah al-Ghaliyah fi ‘Aqidah al-Firqah an-Najiyah oleh al-‘Allamah al-Habib Zain al-‘Abidin al-‘Alawi Raf’ul Minaarah li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa al-Ziyaarah oleh Syaikh Mahmud Said Mamduh Intabih Diinuka fi Khatrin oleh al-‘Allamah Abu Abdullah ‘alawi al-Yamani (kitab ini telah diterjemahkan oleh guru kami asy-Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki)
Al-Bayan Lima Yashghulul Adzhan (pertanyaan ke-44) dan al-Bayan al-Qawiim li Tashhiih Ba’dhi al-Mafaahim (pertanyaan ke-8) oleh Shaikh Dr. ‘ali Jum’ah, Mufti Mesir. Wahabisme Dari Neraca Syara’ oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamluddin al-Maliki (buku yang bagus untuk dibaca)
Bahagian Ketiga
Ini petikan yang aku ambil dari sebuah buku tertajuk Wahabisme Dari Neraca Syara’ oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki ar-Rembawi. Buku ini bagus untuk dibaca terutama dalam mengenali Wahabi dan penyelewengan mereka.
Keterangan ini jelas bersumberkan dari kenyataan-kenyataan pemuka-pemuka Wahhabi, diantaranya mereka menyatakan: Bertawassul di dalam doa dengan zat orang-orang sholeh atau hak mereka ataupun kemuliaan dan keberkatan mereka, dikira sebagai perkara bid’ah dan salah satu dari jalan syirik. Perselisihan di dalam perkara ini, merupakan perselisihan di dalam asalah aqidah dan bukannya di dalam masalah cabang [furu’] agama, kerana berdoa merupakan antara ibadah yang terbesar dan terpenting dan tidak harus berdoa melainkan dengan doa yang terdapat di dalam Kitab dan Sunnah [Waqafat Ma’a Kitab li Du’at Faqat, halaman 31 – 32]
Sehubungan dengan itu, guru kami [guru kepada asy-Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki] al-Muhaddits Syaikh Mahmud Sa’id Mamduh menyatakan sememangnya berdoa merupakan antara perkara ibadah yang terbesar dan orang yang bertawassul tidak berdoa melainkan kepada Allah, tetapi mereka melakukan tawassul kerana saranan Allah melalui firmanNya:
وابتغوا إليه الوسيلة
Hendaklah kamu mencari suatu wasilah kepadaNYa
Amalan tawassul terdapat beberapa perbezaan hukum. Ada diantaranya yang diharuskan dan ada yang tidak diharuskan. Justeru, perselisihan pendapat ulama’ di dalam perkara ini berlegar di dalam permasalahan ilmu feqah. Manakala ilmu aqidah atau tauhid hanyalah membincangkan mengenai ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat. Maka tidak ada maknanya memesukkan perbahasan tawassul ini di dalam perkara aqidah. Diantara dalil yang diketengahkan oleh mereka, untuk menghukumkan tawassul sebagai perkara bid’ah ialah firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Mu’min ayat 60:
وقال ربكم ادعوني أستجب لكم
Dan Tuhanku berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Mu’min ayat 14:
فادعوا الله مخلصين له الدين
Oleh itu, maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya
Al-Muhaddits Mahmud Said Mamduh menjawab dengan katanya:

Ayat yang pertama menuntut seseorang supaya berdoa kepada Allah dan ayat kedua menggalakkan seseorang supaya berdoa dengan ikhlas. Manakala tawassul pula, ialah satu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah kekita memohon sesuatu hajat supaya dimaqbulkan dan amalan tawassul merangkumi dua perkara diatas, di mana doa tawassul dipanjatkan kepada Allah dan bukannya kepada yang selain dariNya [Raf’ul Minarah li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa az-Ziyarah, halam 54 – 56]
Bahagian Keempat
Petikan buku tertajuk Wahabisme Dari Neraca Syara’ oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki ar-Rembawi. Buku ini bagus untuk dibaca terutama dalam mengenali Wahabi dan penyelewengan mereka.
Di dalam Ta’qibat ‘ala Kitab al-Salafiyyah Laisat Mazhaban, pengarangnya Soleh al-Fauzan [seorang pemuka Wahabi] menegaskan:
“Sesungguhnya ia (tawassul) merupakan masalah amat merbahaya dan menggangu aqidah serta membawa kepada syirik. Maka bagaimanakah kamu boleh menjadikannya sebagai suatu perkara yang mudah?”
Syaikh Mahmud Said Mamduh sekali lagi menjawab dengan berkata:
“Hendaklah kamu berlemah-lembut terhadap diri kamu sendiri wahai Syaikh. Apabila tawassul membawa kepada syirik, maka katakanlah bagiku dengan Tuhanmu, imam-imam yang bertawassul dengan Nabi صلى الله عليه وسلم seperti Ahmad bin Hanbal رضي الله عنه dan lain-lain di kalangan ahli salaf dan orang-orang yang selepas mereka, adakah kamu tahu mereka telah terjerumus di dalam kesyirikan?

Mustahil mereka akan terjerumus ke kancah syirik, sedangkan mereka ialah iman-imam agama ini. Kenyataan kamu yang mencampakkan amalan tawassul ke dalam kesyirikan merupakan suatu kebathilan.
Seorang pemuka Wahabi yang bernama Abu Bakar al-Jaza`iri [mengajar di Masjid Nabawi. Dan dia juga mengatakan “… kedua ibubapa Nabi berada di dalam neraka ….”] telah terang-terangan mengkafirkan orang-orang Islam yang bertawassul didalam kitabnya ‘Aqidah al-Mu’min [Kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu maka berhati-hatilah ketika membaca buku ini!] dengan katanya:
إنُّ دعاء الصالحين ، والاستغاثة بهم ، والتوسل بجاههم، لم يكن في دين الله تعالى
قربة ولا عملاً صالحاً فيتوسلُ به أبداً وإنما كان شركاً في عبادة الله محرماً
يخرج فاعله من الدين ويوجب له الخلود في جهنم - انتهى بحرفه من كتابه عقيدة
المؤمن
Sesungguhnya doa para sholihin dan beristighosah (meminta pertolongan) dengan mereka dan bertawassul dengan jah (kemegahan dan keberkatan) mereka, tidak pernah terdapat didalam agama Allah Ta’ala cara sebegini untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dan ia bukan amalan sholeh di dalam agama sehingga boleh dilakukannya (bertawassul) selama-lamanya. Ia merupakan kesyirikan didalam ibadah kepada Allah yang diharamkan dan mengeluarkan pembuatnya (pengamalnya) dari agama dan wajiblah baginya kekal berada di dalam neraka Jahannam.
[‘Aqidah Mu’min]
Kenyataan ini telah dijawab oleh al-Allamah al-Muhaddits Syaikh Mahmud Said Mamduh di dalam kitabnya Raf’ul Minaarah li Takhrij Ahadits at-Tawassul wa az-Ziyarah:
الصحيح أن المؤمن لا يعتقد في ذلك إخوانه المؤمنين الذين يعتقدون ألا مؤثر إلا
الله عز وجل ، وغاية عملهم أن علموا منزلة النبي (ص) عند ربه فتوسلوا به واتبعوا
الأدلة الصحيحة، وقد تأسوا في ذلك بالصحابة رضوان الله عليهم .
وقد أخطأ ( أبو بكر الجزائري ) فكفر عباد الله الصالحين ، وهذا التكفير الجزاف لا
ارتباط له بكتاب أو سنة ولا بما عليه السواد الأعظم، ولم يقل ذو عقل، ودين
بمقولته الفاسدة إلا من كان على رأى الخوارج…
Yang shohih, sesungguhnya seseorang mukmin tidak akan beranggapan sedemikian kepada kepada saudaranya yang beri’tiqad bahwa tiada yang memberi bekas melainkan Allah ‘Azzawajalla. Ghayah (tujuan atau maksud) amalan mereka bahwasanya mereka mengetahui kedudukan Nabi disisi Tuhannya. Maka mereka bertawassul dengannya dengan mengikut dalil-dalil yang shohih dan mencontohi shahabat رضي الله عنهم yang berdoa dengan cara bertawassul.
Sesunggunya, Abu Bakar al-Jaza`iri telah melakukan kesilapan. Dia telah mengkafirkan hamba-hamba Allah yang sholeh dengan tuduhan yang membabi buta tanpa menghubungkaitkan dengan Kitab atau Sunnah dan juga pegangan jumhur umat Islam. Orang-orang yang beraqal dan tidak beragama, tidak akan mengeluarkan perkataan yang merosakkan ini (mengkafirkan orang Islam) melainkan orang-orang yang dengan pendapat Khawarij Lihatlah betapa mereka mengkafirkan orang-orang yang bertawassul. Lupakah mereka bahwa Imam Syafie, Imam Ahmad ibn Hanbal juga pernah bertawassul. Bahkan ramai lagi para ulama yang bertawassul. Berhati-hatilah dengan pendapat golongan yang mensyirikkan, mengkafirkan mereka yang bertawassul. Jangan terpedaya dengan dakyah golongan Wahabi ini. Janganlah terpedaya dengan hujjah mereka semata-mata kerana mereka punya MA atau PhD. [Keilmuan seseorang bukan sekadar memiliki BA, MA atau PhD semata-mata]. Mereka punya agenda tersirat ……
Bersambung ……. insyaALLAH
No comments:
Post a Comment