Thursday, July 8, 2010

Tuntutan Wahabi Malaysia

Tuntutan Wahabi

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Lebih 100 individu yang menggelar diri mereka sebagai Kelompok Intelektual Muslim Muda (KIMM) mendakwa kerajaan menyembunyikan fatwa bahawa fahaman Wahabi merupakan sebahagian daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jurucakapnya, Dr. Azwira Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak seharusnya menyembunyikan fakta itu kerana ia telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

''Justeru, KIMM meminta kerajaan supaya tidak bersikap prejudis terhadap golongan yang dilabelkan berfahaman Wahabi hanya kerana perbezaan amalan setempat,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat KIMM di sini semalam.

Hadir pada mesyuarat itu ialah Penasihat KIMM, Datuk Seri Shahidan Kassim; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan para pemimpin tertinggi KIMM.

Bagaimanapun, Mohd. Asri tidak muncul pada sidang akhbar berkenaan.
Dalam sidang akhbar itu juga, KIMM mendesak kerajaan dan pihak berkuasa agama supaya berlaku adil kepada ilmuwan agama dengan membuat lapan tuntutan iaitu:

• Tidak bersikap prejudis atau melabel individu tertentu yang menyebarkan Islam
sebagai sesat.

• Memberi layanan adil kepada semua pendakwah dalam pemberian tauliah mengajar dan
memberi ceramah agama.

• Membuang 'senjata' tuduhan seperti gelaran Wahabi kepada tokoh agama hanya kerana
perbezaan pendapat.

• Jangan membiarkan individu tertentu menuduh para ulama kerajaan Arab Saudi sebagai
sesat.

• Hentikan cercaan kepada tokoh ilmuwan Islam seperti imam-imam mazhab empat, Ibnu
Tamiyyah, Ibnu Qayyim, Imam Syaqibi Muhammad bin Abdul Wahab dan ilmuwan lain.

• Memberi ruang berdakwah secara adil kepada aliran yang tidak dikategorikan sesat.

• Mana-mana individu yang memiliki kelulusan pengajian Islam/agama yang sah perlu
dikecualikan daripada tauliah.

• Tidak mengkategorikan fahaman yang berbeza dengan amalan setempat sebagai ajaran
sesat.
______________________________________________________________

Perkembangan terkini golongan ini ialah dengan menyunsupi parti pemerintah. Setelah lama cuba untuk bergabung dengan parti pembangkang tetapi gagal malah dipinggirkan. Maka,pengharapan mereka kali ini ialah dengan langkah ini maka senang dan cepatlah untuk mengembangkan fahaman-fahaman mereka. Ini sangat bahaya kepada ahlul sunnah waljamaah.